Welcome Notes
Assalamualaikum! Hi! Hello! Ni Hao! Hei! Bonjour! Salve!
//Stars
secret box revealed!


Entry


About


Memories


follow
❤ SK Bukit Sentosa ❤


Wednesday, December 12, 2012 4:41 PM
0 comments

*SK Bukit Sentosa , the awesomest school*


Yo , wassup ? Assalamualaikum . Okay okay . Harini , makcik nak cerita pasal kenangan dekat sekolah ni , SK BUKIT SENTOSA . Yang agak dipastikan , entry ni mesti panjang . Whuut whuut ! Kenangan dari darjah 1 , sampai darjah 5 . Darjah 6 mane ? Darjah 6 mestilah yang paling special . Tak boleh campur dengan entry ni :P Sila sediakan 10 cawan teh atau coffee or milo . Oh oh , sediakan biskut oreo or chipsmore 4 paket ! Ready ? Set , go !

Tahun 1 . Budak paling kecik dekat sekolah .

Darjah 1 ? Hm . Banyak jugak kenangan tahun 1 ni . Bila start sekolah ni ? Jap jap , nak hitung balik . 2012 - (1+4) + 3 + 1 - 4 equal to 2007 ! First time jejak kaki dekat SKBS . Kay tipu , booooo ! First time jejak kaki dekat sekolah time 2004 . First time SKBS bukak . Hantar kakak yang tersayang pergi sekolah baru dia . Ehe eh , ni cerita pasal aku ke kakak aku ? Back to my story . Memang sumpah nervous gila lah . Dahlah takde kakak sekolah dekat situ time tu . Kawan pun takde . Aku free hair gitu , rambut pendek , pakai cekak warna putih yang ade renda segala . Bawak beg roda Barbie . Kehkehkeh . Mula mula ditempatkan dekat kelas 1 Anggerik . Entah macam mane , kelas tu tukar jadi kelas pemulihan . Lepastu aku kena masuk 1 Bakawali . Yes , time tu memang gelabah gilalah . Takde kawan kan ? So , lepastu aku dah buat kawan . Ainin , Wawa and the others . Lepastu aku kenal pulak dengan Izzati . So , sejak tu aku ade ramai kawan dari kelas lain and kelas aku sendiri .


Paling aku ingat time jadi ketua kelas ni , kejar Manivarma satu kelas . Lepastu ambik pembaris Cikgu yang gilooo panjang tu , jadikan lembing aim dekat dia . Yeah , aku pernah pukul budak , rotan and segala yang jahat sampai budak tu menangis . And aku terlepas , and I was like . Ohh yeah , dahlah dapat pukul semua tu , lepastu tak kena marah . Hahaha . Akhir tahun dapat number 1 , Top 5 student and Excellent Speaker . Wohooo ! Memang banyak kenangan yang tak boleh nak type . Terlampau banyak .

Tahun 2 . Masih junior -.-

Tahun 2008 , agak matang sikit sebab aku dilantik sebagai pengawas . Aku masuk kelas 2 Anggerik . Duduk tepi tingkap sebelah Izzati . Guru kelas aku Cikgu Wassillah , dia ni memang sporting habis . Sampai sekarang dia ingat aku . Bangga tau ! Time darjah dua ni , aku pakai tudung , tapi kadang kadang FREEHAIR . Aku selalu pergi keluar tandas dengan Mish time Cikgu mengajar . Bila balik kelas , Cikgu tanye , "Mane tudung kamu ?" . Kitorang dengan bangganya jawab "Ni hah Cikgu" . And Cikgu was like pening kepala tengok kitorang . Hahaha . Waktu Cikgu takde adelah waktu kemerdekaan . 2 Anggerik memang bising . Me and my gang , selalu koyakkan kertas , lepastu campak keluar tingkap . Jadikan salji ,  yelah , kelas kitorang kan tingkat 3 paling atas sekali and kitorang memang kagum dengan salji kitorang . Sampai Penyelia Petang sediakan ucapan khas untuk kitorang , "Yang duduk dekat kelas atas tu , jangan nak buang sampah ikut luar tingkap" . Okay , memang terharu gilooo lah kan . Dalam masa yang sama , semua muka tak bersalah . Hahaha . 

Ade satu haritu , aku balik kelas dari rehat . Tengok kamus bergambar aku dah takde . Punyalah menangis . Tengok luar tingkap , ade dekat beam ke apekebenda tah nama dia . And I was like , "ni mesti kerja Ho Sea Fong" . Dia tu budak kelas K . Memang gangster . Dia pernah ugut nak bunuh Cikgu . Tapi sekarang dah baik sikit . Lame gila berdendam dengan dia . Tapi tak pernah balas . Saya kan budak baik . Kay tipu , booooo ! Sebenarnya TAK BERANI . Waktu akhir tahun , aku dapat number 1 . Bangga kay , bangga . Hahaha , darjah 2 . Tahun yang memang best !

Tahun 3 . Senior sesi petang .

Time darjah tiga , aku pakai tudung . Pakai okay ? Dalam kelas 3 Anggerik , aku duduk bawah kipas , sebelah Izzati lagi . Yeay ! Time darjah tiga , aku paling benci  KHAIRUL AFIQ KHAIRUL NAZLI ataupun lebih mesra dengan K.A . Sebab apa ? Time aku tengah rehat dengan geng aku , tetiba nak masuk kelas . Budak lelaki heboh cakap pasal K.A letak bunga dalam bag aku . And I was like seriously menangis . Bukan sebab suka , tapi sebab TAK SUKA ! Yang gang aku pulak 1 hal . Pergi bagitau Cikgu Zaleha *cikgu praktikal kitorang* . Lagilah aku menangis T_T . Tapi bila masuk darjah 4 , aku dah tak benci dia . Sebab aku tahu ,  dia suka orang lain . Hahaha . Guru kelas aku Cikgu Rosfadzilah . Kitorang pernah buat dia menangis sampai dia tak nak masuk kelas . Sorry Cikgu :/ Time PJ , kitorang selalu lawan netball dengan kelas R . Time PJ tak pakai tudunglah . Ponytail kot . Hahaha . Yang penting kitorang forever menang . Weheeee !

Waktu akhir tahun , kitorang buat library dalam kelas . Bawak buku banyak banyak . Lepastu buat senarai peminjam . And yeahh , waktu tu memang best gilooo . Sampailah , budak lelaki tiru idea kitorang . Gila hangin doh . Lepastu kitorang buat McD guna brochure dia . Hahaha , again . Budak lelaki tiru lagi idea kitorang . Urgh . Ngek sungguh .

Amir pernah mengaku dia perempuan and nama dia Amira XD
Tahun 4 . Junior again -.-

4 Anggerik again . Aku macam biaselah , duduk sebelah Izzati lagi . Weeee :D Guru kelas aku , Cikgu Laila . Dia gila baik dengan aku . Wohoooo ! Dia ajar Science dengan BM . Belajar dengan dia memang best . Pernah sekali tu , ade 4 orang tak bawak buku . 2 orang jadi pengapit , 2 orang lagi jadi pengantin . Tetttt kawin dengan tettttt . Rahsia , nanti dorang malu :3 Time darjah 4 , selalu main lawan lawan siapa dapat siapkan kerja Cikgu paling cepat . Eh , biaselah . Tak berapa matang sangat . Kehkehkeh . Kitorang memang gempakkk . Tak bising 1 minit , tak sah . Nak cakap 2010 tahun paling best dekat SKBS , tak boleh . Sebab tahun tahun yang lain pun best jugak . Haih -.-

*memory with Cikgu Mariani , our awesome PJ teacher . Semua muka kanak kanak ribena*

 Tahun 5 . Teramat gempakkk !

Tahun lima ? Macam biaselah , aku still kelas Anggerik . 5 Anggerik 2011 was the best class of all year 5 classes . Sebab 5 A gempakkk + sporting + happening = The best class . Aku duduk sebelah siapa ? Macam biaselah . Sebelah Izzati lagi . Tapi entah macam mane , Cikgu boleh pisahkan kitorang . Aku kena duduk sebelah Awadah and Ayesha . Sebenarnya , ade jugak kebaikkan duduk sebelah dorang ni . Kalau aku tak tahu jawapan . Macam biaselah , aku tanye dorang . Kehkehkeh . 

5 Anggerik ? Macam biaselah . Tak bising tak sah . Paling bising Hasyim . Sebab dia ketua kecoh . Tapi okay what . Sekurang kurangnya , takdelah senyap je kelas tu . Macam kawasan peninggalan sejarah . Hahaha . Memang happening . Nak tahu tak . Time darjah 5 , aku selalu pukul orang . Hehehe , tapi macam biaselah . Terlepas lagi . Muehehehe . 

*with our practical teacher , Cikgu Nieza*


*memories of the last day*

Hm . Haih sedih ni . Menggeletar time nak type :/ 

Aku sedar , entry ni penuh dengan nama Izzati . Hahaha . Oh yeahh , btw , entry ni dapat idea daripada Kak Eli punya . Thanks :D

Labels: ,


Follow @wanikamaruddin